Presiden MCA Baharu Liow Janji Kukuh, Satukan Parti

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liow Tiong Lai. Foto SIA HONG KIAU / THE STAR
Liow Tiong Lai. Foto SIA HONG KIAU / THE STAR

KUALA LUMPUR: Presiden MCA yang baharu dipilih, Datuk Seri Liow Tiong Lai berjanji untuk mengamalkan inklusif dalam menyatukan semula dan memperkukuhkan parti.

Beliau menggesa ahli dan pemimpin di semua peringkat supaya segera merapatkan barisan dan bekerja bersama-sama sebagai satu keluarga.

"Tidak ada lagi puak Liow atau Chua (bekas presiden, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek).

"Kita semua dalam satu pasukan dan kita adalah pasukan MCA," katanya pada ucapan penggulungan untuk mesyuarat agung tahunan MCA ke-60 MCA di Wisma MCA pada Ahad.

Liow dipilih sebagai Presiden MCA pada Sabtu selepas menewaskan Naib Presiden, Gan Ping Sieu dan bekas presiden, Datuk Seri Ong Tee Keat, manakala Dr Chua tidak bertanding semula.

Liow menggesa ahli dan pemimpin memberi beliau dan pasukannya sedikit masa bagi menyusun semula perkara-perkara di semua peringkat dalam parti untuk satu permulaan yang baru.

Beliau memberi jaminan kepada akar umbi parti yang beliau akan terus turun padang dan melibatkan mereka secara tetap, dan bukan sahaja semasa berkempen untuk pilihan raya parti.

Mesyuarat Agung Tahunan yang berlansung selama dua hari dan berakhir pada Ahad, telah dihadiri oleh 2,352 daripada 2,384 perwakilan pusat parti.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan