Polis Diminta Siasat Individu Hasut Rakyat Sertai 'Himpunan Guling Kerajaan'

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGETOWN: Beberapa pihak pada Ahad membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran hasutan mengajak orang ramai menyertai satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Antaranya ialah badan bukan kerajaan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang turut menganggap perkara itu satu isu serius dan perlu ditangani dengan tegas.

Hasutan itu dikesan menerusi laman sosial Facebook yang menggunakan nama 'Rejimen Anarki', mengajak orang ramai menyertai 'Himpunan Guling Kerajaan', kata Presidennya Salleh Ismail kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di sini.

Katanya hasutan yang berbau ugutan "SAPA HALANG, KAMI LANGGAR...INI PROTES RAKYAT SAPA HALANG KAMI LAWAN" itu dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook tersebut pada 18 Disember lalu.

Di SEPANG, Pemuda Umno Sepang turut membuat laporan polis meminta pasukan keselamatan itu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berkenaan.

Ketuanya Noorazli Said berkata tindakan pihak berkenaan jelas cuba mencetuskan rusuhan seperti yang berlaku di Mesir.

"Kita ada pilihan raya umum setiap lima tahun sekali, jadi penganjur sepatutnya guna jalan yang betul, bukan heret rakyat turun di jalanan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan