PM Cadang Empat Langkah MCA Terus Bertahan

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian sempena Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-60 di Wisma MCA, Sabtu. Foto:BERNAMA
Najib Tun Razak menyampaikan ucapan perasmian sempena Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-60 di Wisma MCA, Sabtu. Foto:BERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan empat langkah bagi memastikan MCA terus bertahan dan mengekalkan kedudukannya.

Katanya, langkah pertama yang perlu dilakukan MCA ialah kembali bersatu di kalangan ahli-ahlinya.

"Dalam sejarah (pemilihan) MCA wujud Team A, Team B dan Team C. Kalau setiap kali berbalah di peringkat atas kesannya MCA akan berpecah dua atau tiga.

"Jadi setiap kali ada pertandingan, MCA sebagai sebuah parti akan menjadi lebih kecil," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-60 di Wisma MCA di sini, Sabtu.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata MCA juga perlu melakukan penstrategian semula dalam parti sebagai langkah kedua.

Katanya, parti itu perlu melihat semula kelemahan dan kekuatannya yang mana ia telah pun dijalankan selepas menunjukkan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Dalam hal ini beliau berkata kerjasama antara kaum Bumiputera dan Cina perlu menjadi pegangan selain kembali kepada prinsip dan pegangan asal parti.

"Strategi baru perlu diimplementasi untuk terus yakinkan ahli-ahli MCA bahawa formula perkongsian kuasa dalam BN adalah yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu Najib juga mencadangkan supaya MCA memberikan semula nafas dan ssmangat baru kepada parti.

Sebagai langkah terakhir beliau berkata MCA perlu memastikan parti itu diiktiraf kembali oleh masyarakat Cina.

Jelasnya, semua ini memerlukan usaha keras sebelum ia menunjukkan hasil.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan