Pengusaha Bas Ekspres Resah Perjalanan Ke Pontianak Hadapi Gangguan

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Beberapa pengusaha bas ekspres tempatan ke Pontianak, Indonesia di sini menghadapi masalah untuk meneruskan perjalanan ke destinasi itu selepas mendakwa bas mereka ditahan di negara jiran dan diarah menyerahkan wang.

Tinjauan Bernama di Kuching Sentral mendapati empat syarikat bas ekspres tempatan (Sri Merah-Borneo Highway Express, Eva Express, Bintang Jaya Express dan Biaramas Express) serta dua syarikat dari Indonesia (Damri Bus Express dan SJS Express) menawarkan perjalanan ke Pontianak.

Pegawai pemasaran jualan Sri Merah-Borneo Highway Express, Fong Soon Fook, yang mengesahkan perkara berkenaan berkata bas mereka ditahan di negara jiran itu.

"Bas kami ditahan di pertengahan jalan oleh kumpulan tertentu, sebelum mereka meminta wang daripada pemandu dan penumpang dari Malaysia. Mahu tidak mahu terpaksa bayar, sebelum meneruskan perjalanan," katanya kepada Bernama.

Pekerja Biaramasa Express, Aniline Libeg, 25, berkata bas syarikat itu hanya berjaya sampai ke sempadan Tebedu, sebelum kembali ke Kuching.

"Dalam tempoh empat hari ini, bas hanya boleh sampai ke sempadan Tebedu, sebelum dinasihati 'rakan-rakan' kita di sebelah sana supaya tidak meneruskan perjalanan, kemudian van dari Pontianak, mengambil dan membawa penumpang ke lokasi (Pontianak).

"Pihak syarikat tidak mahu memperjudikan nasib pemandu, jadi ikut sahaja apa yang dinasihatkan itu," kata Aniline.

Bagaimanapun difahamkan syarikat bas dari Indonesia, SJS Express tidak menghadapi masalah gangguan itu.

Penjaga kaunter syarikat itu yang hanya ingin dikenali sebagai Sue, 29, berkata bas mereka sama ada dari Kuching ke Pontianak atau dari Pontianak ke Kuching tidak menghadapi sebarang masalah atau perkhidmatan mereka diganggu mana-mana pihak sepanjang perjalanan itu.

Apabila ditanya punca masalah itu, Fong berkata ia mungkin disebabkan insiden membabitkan dua warga Indonesia di Bintulu dan Betong baru-baru ini.

"Kejadian warga Indonesia ditembak mati polis kerana mengamuk serta mayat pekerja Indonesia yang mati dalam kejadian kebakaran di Bintulu dipulangkan kepada keluarga mereka tanpa organ dalaman, dipercayai menimbulkan kemarahan orang di sebelah sana," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Serian DSP Mohd Jamali Umi ketika dihubungi Bernama mengesahkan mendapat maklumat adanya pengusaha bas ekspres tempatan ke Pontianak, Indonesia di sini menghadapi masalah untuk meneruskan perjalanan ke destinasi itu.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini polis tidak menerima sebarang aduan daripada pengusaha terbabit.

"Kita masih memantau keadaan di sempadan negara (Tebedu). Selain itu kita turut berkongsi maklumat bersama dengan Kepolisian Resor (Polres) di Pontianak," katanya.

Menurutnya polis juga telah mendapatkan maklumat daripada Konsulat Malaysia di Pontianak dan cawangan khas di Daerah Sanggau Indonesia, bagaimanapun kedua-dua pihak di kawasan berkenaan memaklumkan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Mohd Jamali berkata kejadian itu bermula selepas khabar angin keluarga seorang rakyat Indonesia yang maut dalam satu kebakaran di Bintulu mendakwa organ dalaman mayat anak mereka itu tiada, dipercayai dicuri.

Dalam kejadian itu dua maut dipercayai akibat lemas terhidu asap tebal dalam kebakaran membabitkan bilik sewa tingkat tiga di sebuah rumah kedai, Jalan Sri Dagang, Bintulu, kedua-dua mangsa terkorban merupakan seorang lelaki tempatan dan wanita warganegara asing.

Sempadan Tebedu-Entikong yang terletak di Serian kira-kira 90 kilometer dari Kuching adalah antara beberapa laluan di negeri ini yang menghubungkan Sarawak, Malaysia dengan Kalimantan, Indonesia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan