Letupan Di Danok: Dua Rakyat Malaysia Cedera

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kenderaan-kenderaan yang rosak akibat letupan bom.
Kenderaan-kenderaan yang rosak akibat letupan bom.

BUKIT KAYU HITAM: Dua rakyat Malaysia cedera bersama lebih 20 yang lain yang kebanyakannya merupakan rakyat Thailand dalam siri letupan di Danok, bandar sempadan Thailand-Malaysia, di Songkhla pada Ahad.

Letupan itu berlaku di bandar yang terletak kira-kira 1km dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam di Padang Besar.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali, mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia, seorang lelaki dan seorang wanita cedera dalam letupan yang berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi itu.

Bandar ini telah digegarkan empat siri letupan dari bom tersembunyi di motosikal yang diletakkan di kawasan-kawasan terbabit.

Menurut 'The Nation', serangan pertama berlaku di hadapan balai polis di Sadao manakala yang kedua adalah di tempat letak kereta di Balai Polis Sadao.

Siasatan awal menunjukkan serangan disebabkan oleh bahan letupan yang tersembunyi pada motosikal.

Letupan ketiga berlaku di hadapan Oliver Hotel di Ban Dan Nok manakala yang keempat adalah di lorong berhampiran McDonalds di kawasan yang sama.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan