'Hartanah Seperti Wanita', Tengku Adnan Mohon Maaf

Diterbitkan: Ahad, 22 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf jika golongan wanita terasa dengan kenyataannya yang dikatakan menyamakan wanita dengan hartanah.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kenyataan itu telah disalahertikan oleh pihak tertentu dan beliau tidak bermaksud membuat wanita tersinggung.

"Saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga...kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA, Sabtu.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati golongan wanita kerana beliau sendiri memiliki ramai anak perempuan.

"Saya tidak pernah tidak hormat perempuan...saya ada enam anak perempuan, bahkan dalam Umno, separuh daripadanya adalah golongan wanita...sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud," katanya.

Pada Jumaat, Tengku Adnan dilaporkan menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur.

Mengulas tentang amanat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di perhimpunan itu, Tengku Adnan berharap ia (amanat) akan menyuntik semangat kepada semua anggota MCA terutama barisan kepimpinan tertinggi baharu parti itu yang akan dipilih pada Sabtu.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata dalam usaha mengembalikan semula keyakinan masyarakat Cina di negara ini untuk memilih MCA, semua parti komponen BN akan berganding bahu dalam merealisasikan harapan itu.

"Kita BN sebagai satu parti yang berbilang bangsa akan teruskan apa juga kerjasama yang telah kita amalkan selama ini...kita akan bekerjasama dengan MCA dan berharap selepas pemilihan ini MCA akan bertambah kuat dan akan mewakili rakyat Cina," katanya.

Najib yang juga Pengerusi BN dalam ucapan perasmiannya hari ini menggariskan empat langkah untuk MCA mengembalikan sokongan rakyat kepada parti itu iaitu 'reunite', 'restrategies', 'reinvigorate' dan 'reestablish'.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan