MCA Di Bawah 'Payung' BN Formula Politik Terbaik Negara

Diterbitkan: Sabtu, 21 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara MCA, MIC dan parti-parti komponen yang lain dengan Barisan Nasional (BN) di bawah 'payung' BN adalah formula politik yang terbaik bagi negara ini.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata formula alternatif yang digunakan pembangkang belum tentu mampu menstabilkan negara.

"Kalau kata sistem dua parti, buatlah kabinet bayangan...tak ada juga.

"Kalau kata sistem demokrasi tak betul, kenapa pemilihan dalam parti sendiri pun tak betul?. Parti mana yang ada persidangan dua kali? Bila ada persidangan dua kali, pun belum disahkan ROS," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung MCA ke-60 di sini, Sabtu.

Najib berkata, berbeza dengan pembangkang, BN sentiasa mengiktiraf sumbangan pemimpin MCA dalam membentuk dasar dan keputusan dalam parti.

Najib yang juga perdana menteri berkata di Selangor misalnya, gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dinaikkan sehingga 300 peratus, berbeza dengan BN yang mengambil kira kebajikan dan kepentingan rakyat.

"Pembangkang (gaji) naik 300 peratus. Speaker Dewan Undangan Negeri gaji lebih daripada perdana menteri.

"Apa sumbangan speaker berbanding peranan perdana menteri. Bukan nak perkecilkan, tetapi melihat kepada kaitannya dengan tugas dan pekerjaan," katanya.

Beliau turut menyentuh kenaikan kadar lesen perniagaan sebanyak 400 peratus di Selangor yang membebankan ramai peniaga.

Dalam pada itu beliau tidak menafikan bahawa kerajaan BN tidak sempurna tetapi ia mendengar suara dan kepentingan rakyat.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan