Liow Presiden Baharu MCA, Dr Wee Timbalan

Diterbitkan: Sabtu, 21 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liow Tiong Lai.
Liow Tiong Lai.

KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai siapa yang akan terus menerajui MCA terjawab setelah Datuk Seri Liow Tiong Lai diumumkan memenangi jawatan presiden MCA yang baharu.

Tiong Lai mendapat 1,186 undi menewaskan Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada pemilihan MCA yang diadakan di Wisma MCA di sini, Sabtu.

Gan memperoleh 1,000 undi manakala Ong menerima 160 undi.

Mengiringi Liow ialah Datuk Dr Wee Ka Siong yang diumumkan sebagai timbalan presiden parti yang baru.

Beliau menewaskan pesaingnya Datuk Donald Lim Siang Chai dalam pertandingan satu lawan satu dengan mendapat 1,408 undi.

Donald Lim memperoleh 927 undi.

Empat kerusi naib presiden menyaksikan ia diduduki oleh Datuk Lee Chee Leong, Datuk Hou Kok Chung, Datuk Chua Tee Yong dan Datin Paduka Chew Wei Fun.

Lee menang dengan 1,642 undi, Dr Hou (1,475), Chua (1,343) dan Chew (1,230).

Jawatan ini ditandingi oleh sembilan calon kesemuanya.

Bagi kerusi jawatankuasi pusat, ia telah diisi oleh 25 calon yang mendapat undi tertinggi daripada 58 calon bertanding.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Datuk Yik Phooi Hoong.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan