Lawatan Najib Ke Arab Saudi Lonjak Hubungan KL-Riyadh

Diterbitkan: Sabtu, 21 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MADINAH: Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi dijangka melonjakkan lagi hubungan Kuala Lumpur-Riyadh di tahap lebih tinggi dalam pelbagai bidang.

Kuasa Usaha Sementara di Kedutaan Besar Malaysia di Arab Saudi 'Alauddin Mohd Nor berkata kunjungan ini menunjukkan hubungan erat yang sedia terjalin antara kedua-dua buah negara sejak lebih 50 tahun lalu. Beliau bercakap dalam sidang media sempena lawatan kerja empat hari Perdana Menteri di Arab Saudi.

Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan rombongan yang dijadual tiba lewat petang Sabtu akan menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi dan menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W yang terletak di dalam masjid itu.

Esok, Najib dijadual melawat beberapa tempat bersejarah seperti Masjid Quba, Bukit Uhud dan Masjid Qiblatain di sini sebelum berlepas ke Makkah untuk menunaikan umrah.

Najib dijangka menghadap Penjaga Dua Rumah Suci Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud pada Isnin (tempat dan waktu akan ditetapkan) dan pada Selasa beliau akan menunaikan tawaf Wida' sebelum berlepas pulang.

'Alauddin juga berkata kerajaan Arab Saudi juga mengagumi kepimpinan Perdana Menteri yang mengetengahkan dasar-dasar pragmatik dan sesuai dengan rakyat Islam dan bukan Islam di Malaysia yang turut sama membantu kerajaan menjayakan agenda pembangunan negara selain usaha Najib mempromosi konsep kesederhanaan di pentas antarabangsa. Konsep itu membantu membina keamanan sejagat.

Katanya kepakaran rakyat Malaysia dalam bidang IT dan kejuruteraan dan projek-projek infrastruktur mega bernilai berbilion ringgit mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi kerana ia banyak memberi sumbangan kepada ekonomi negara itu.

Nilai pelaburan kedua-dua buah negara setakat 2012 berjumlah RM11.7 bilion dengan 40 peratus daripada keseluruhannya oleh Malaysia, katanya.

Antara sembilan pelabur utama Malaysia di Arab Saudi ialah MMC Corporation Bhd, Felda Global Ventures Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad dan Khazanah Holdings terlibat dalam beberapa projek.

Tanpa menyebut nilai eksport kedua-dua buah negara, beliau berkata negara itu mengeksport minyak dan bahan berkaitan manakala Malaysia mengeksport sejumlah kecil barangan seperti besi, elektronik dan makanan.

Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Abdul Razak yang turut hadir pada sidang media itu berkata lawatan kerja Perdana Menteri amat dinanti-nantikan kerajaan Arab Saudi.

Lawatan ini juga menunjukkan hubungan erat Kuala Lumpur-Riyadh dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat kedua-dua buah negara terutama dalam sains, sosial dan IT, katanya.

Katanya antara kepakaran yang disumbangkan Malaysia ialah melalui kajian usahasama Universiti Teknologi Malaysia mengenai bekalan air bawah tanah yang membawa impak besar yang boleh dikongsi dua negara berkenaan.

Dalam bidang pelancongan, Mohd Khalid juga berkata Malaysia menyasarkan untuk menarik 110,000 pelancong negara ini yang gemar berbelanja besar dengan purata seorang pelancong membelanjakan RM8,000 seminggu, sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kira-kira 80,000 pelancong negara ini berkunjung ke Malaysia. Lebih 102,000 pelancong Arab Saudi melawat Malaysia tahun lepas.

Katanya promosi program Malaysia Rumah Keduaku juga akan diperhebatkan di kalangan rakyat Arab Saudi dengan kelebihannya yang tersendiri iaitu sebuah negara yang indah, seimbang dan selamat, walaupun pesat membangun.

Ini juga mendorong ramai pelajar negara ini terutama wanita, untuk melanjutkan pengajian di Malaysia, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan