Kerajaan Kaji Kadar Waktu Puncak, Pas Bermusim Kurangkan Kesan Kenaikan Tol

Diterbitkan: Sabtu, 21 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib menyerahkan cek tabung mangsa banjir berjumlah RM10 juta untuk kerajaan negeri Pahang yang diterima Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (dua, kiri) pada Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Peringkat Nasional dan perhargaan kepada para sukarelawan di Termeloh, Jumaat. Foto ONG HAN SEAN / THE STAR
Najib menyerahkan cek tabung mangsa banjir berjumlah RM10 juta untuk kerajaan negeri Pahang yang diterima Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (dua, kiri) pada Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Peringkat Nasional dan perhargaan kepada para sukarelawan di Termeloh, Jumaat. Foto ONG HAN SEAN / THE STAR

TEMERLOH: Kadar tol yang berbeza akan dikenakan pada waktu puncak bagi mengurangkan kesan kepada kenaikan tol.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kerajaan sedang mengkaji kaedah serta penggunaan pas bermusim.

Beliau berkata, ia akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan untuk membantu rakyat yang berhadapan dengan kenaikan sara hidup.

"Jangan fikir bahawa Kerajaan tidak prihatin dengan kenaikan kadar tol dan kenaikan takrif elektrik. Walaupun kenaikan itu akan dilaksanakan, kita sentiasa mencari jalan untuk melindungi rakyat.

"Kita mengumumkannya lebih awal supaya kita dapat melihat reaksi rakyat dan mencari jalan untuk mengurangkan beban itu," katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Mangsa Banjir Peringkat Nasional dan perhargaan kepada para sukarelawan di sini, Jumaat.

Beliau menambah, subsidi Kerajaan pada tahun depan akan melebihi RM42 bilion, yang menunjukkan ia tidak akan dikurangkan sama sekali.

"Terdapat banyak perkara yang kita lakukan untuk rakyat. Hanya kerana kadar tol akan meningkat kepada RM1, kita lupa semua perkara yang Kerajaan lakukan," kata Najib.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan