Bekas Adun Kuala Perlis Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 21 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Bekas anggota dewan undangan negeri kawasan Kuala Perlis Ahmad Osman, 70, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah Jumaat malam kerana komplikasi pernafasan.

Menurut anaknya, Mohammad Anwar, 37, ayahnya menghembuskan nafas terakhir pukul 10.20 malam setelah dirawat di hospital berkenaan sejak lima hari lepas.

Allahyarham menghidap penyakit kencing manis serta darah tinggi dan pernah diserang angin ahmar ringan dua tahun lepas.

Beliau menjadi Adun kawasan Kuala Perlis dua penggal dari 1982 hingga 1990.

Sebelum menjadi wakil rakyat, Allahyarham berkhidmat sebagai guru agama, wartawan dan penyunting akhbar Berita Harian.

Beliau meninggalkan seorang isteri, Puteh Ahmad, 61, dan tujuh anak.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Oran dekat sini hari ini. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan