Pengurangan Subsidi, Kenaikan Kos Sara Hidup Perlu - PMO

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad
Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad

PETALING JAYA: Pengurangan subsidi dan kenaikan tarif elektrik serta tol sangat perlu untuk memastikan ekonomi negara kekal kukuh dan membolehkan dana awam digunakan secara berhemah, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad mengakui kenaikan kos sara hidup merupakan tindakan yang tidak popular bagi sesetengah pihak, namun kenaikan harga barangan dibuat 'demi kepentingan orang ramai'.

"Untuk membolehkan ekonomi Malaysia kekal kukuh, kita perlu memastikan rakyat kita berbelanja secara berhemah. Ini dapat dilakukan dengan kenaikan beberapa perkhidmatan serta mengurangkan subsidi.

Ada pendekatan yang digunakan mungkin tidak popular namun untuk jangka masa sederhana ia memberi kesan yang baik kepada ekonomi dan baik kepada rakyat," kata Tengku Sarifuddin.

Beliau berkata sudah pasti perubahan ini akan merupakan satu keperluan bagi mengekalkan keyakinan pelabur di Malaysia dan kenaikan kos sara hidup ini akan membantu Malaysia dalam sektor pekerjaan dan pendapatan negara sejak empat tahun lalu.

Pada 2 Disember, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr Maximus Ongkili berkata tarif elektrik akan dinaikkan secara purata sebanyak 14.89 % bagi Semenanjung Malaysia dan 17% bagi Sabah dan Labuan berkuat kuasa tahun hadapan.

Selasa lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dilaporkan berkata kadar tol bagi 15 lebuh raya termasuk NPE, SPRINT, dan LDP akan dinaikkan sebanyak 50 sen dan RM2 bermula 1 Januari 2014.

Ia berikutan pengurangan subsidi atau rasionalisasi petrol dan gula serta kenaikan harga rokok pada tahun ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan