MCA: Fokus Pada Ekonomi, Kurangkan Isu Perkauman

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kong ketika menyampaikan ucapannya pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita MCA ke-38 di Dewan San Choon ,Wisma MCA, Kuala Lumpur, Jumaat. Foto SAM THAM/The Star
Kong ketika menyampaikan ucapannya pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita MCA ke-38 di Dewan San Choon ,Wisma MCA, Kuala Lumpur, Jumaat. Foto SAM THAM/The Star

KUALA LUMPUR: Kerajaan harus memberikan lebih tumpuan kepada ekonomi dan mengurangkan isu perkauman dalam usaha untuk mendapatkan semula sokongan rakyat, kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, polisi ekonomi yang boleh mencipta persekitaran perniagaan yang kondusif dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan adalah lebih baik.

Mengenai MCA, Kong berkata seluruh negara telah memerhatikan bagaimana komponen parti kedua terbesar dalam kerajaan memerintah boleh melakukan pembaharuan dan berubah menjadi lebih baik.

"Manifesto oleh calon pada pemilihan parti pada dasarnya adalah sama.

"Semua adalah mengenai bagaimana untuk mentransformasikan parti bagi mengubah imej dan perpaduan," katanya pada ucapan pembukaan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita MCA ke-38 di sini, Jumaat.

Sementara itu, Datuk Yu Chok Tow berkata, kemerosotan sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu tidak bermaksud komuniti itu tidak bersyukur atau tidak cintakan negara.

Menurut beliau, BN boleh mengubah trend dengan memberi tumpuan kepada permasalahan rakyat.

"Generasi muda khususnya lebih mementingkan kebebasan, pembebasan dan keadilan dan tiada siapa perlu diberi hak istimewa atau perlindungan khas," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan