MB Pahang Kesal Pihak Tertentu Politikkkan Kejadian Banjir

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adnan Yaakob.
Adnan Yaakob.

TEMERLOH: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob kesal dengan tindakan segelintir pihak yang mengaitkan banjir buruk di Pahang disebabkan negeri ini diperintah Barisan Nasional.

Beliau berkata, mereka terbabit seolah-olah menafikan takdir dan ketentuan Allah.

"Ada pihak mendakwa kononnya kerana BN memerintah berlakunya bencana banjir sehingga rakyat susah. Apa yang dicakapkan itu bukan disebabkan kerajaan, tetapi jika siapa juga memerintah waima pembangkang sekalipun jika banjir berlaku, ia tetap berlaku.

"Janganlah kita menyalahkan sesiapa dengan mempolitikkan bencana banjir ini," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, di sini Jumaat.

Bantuan itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengenai kerjasama yang boleh diberikan pembangkang, menteri besar berkata, apa yang perlu dilakukan ialah mereka turut turun padang membantu mangsa banjir.

"Tetapi bukan hanya dengan turun sekali-sekala dan membawa beberapa kampit beras untuk diberikan kepada mangsa banjir, sudah mendabik dada serta heboh dalam media sosial," katanya merujuk sikap segelintir anggota parti pembangkang dalam menghulurkan bantuan di negeri ini.

Adnan berkata, kerajaan melalui pelbagai agensinya telah dan sedang memberikan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir di Pahang membabitkan lebih 13,000 keluarga dan lebih 61,000 mangsa yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sebelum ini.

Beliau berkata selain kerajaan, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah juga prihatin terhadap musibah yang menimpa rakyat dengan memberikan bantuan wang tunai RM500,000 untuk membeli barang keperluan kepada mangsa banjir.

Adnan meminta semua rakyat Pahang yang ditimpa musibah banjir supaya banyak bersabar dan reda dengan ujian Allah itu.

Beliau turut berterima kasih kepada semua agensi kerajaan terbabit, para dermawan, pihak swasta serta individu yang memberikan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir di Pahang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan