Majlis Perwakilan Pelajar IPT Perlu Matang - Ahmad Husni

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.
Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

BANGI: Majlis Perwakilan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi di negara ini perlu matang dan melihat dunia sebenar dengan konsep terbuka, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Beliau berkata sebagai badan menerajui mahasiswa di IPT, majlis itu perlu merangka dan melaksanakan program yang menjamin masa depan cemerlang warga pelajar di menara gading.

Menurutnya pemikiran sempit dan tidak berwawasan badan perwakilan itu, tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada golongan pelajar, yang dianggap aset bagi pembangunan negara.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), di sini, Khamis.

Menerusi MoU itu, UKM dan YPC bakal mengadakan program perkongsian pintar secara tersusun dan berimpak tinggi seperti konvensyen kepimpinan mahasiswa; kebolehpasaran graduan; khidmat komuniti; kerjaya dan keusahawanan; agama dan kebajikan; sukan dan rekreasi; kesenian dan kebudayaan serta penyelidikan dan inovasi.

MoU itu ditandatangani Naib Canselor UKM Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Pengerusi YPC Datuk Seri Syed Ali Alhabshee. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan