Kapal Karam Di Pengerang, Enam Selamat, Lima Lagi Masih Hilang

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memulakan operasi mencari dan menyelamat lima anak kapal yang dilaporkan hilang selepas kapal yang mereka naiki karam di perairan Pengerang, awal pagi Jumaat.

Pengarah Operasi Maritim Malaysia Tanjung Sedili, Komander Mustafa Kamal Abas berkata, agensi itu dihubungi pada pukul 8 pagi oleh pengawal pantai Singapura untuk mendapatkan bantuan.

Agensi itu menghantar satu pasukan keselamatan ke tempat kejadian dengan serta-merta dan menjumpai lima anak kapal yang lain dalam bot penyelamat dan seorang lagi terapung di laut.

Menurut kenyataan agensi itu, enam mangsa telah dihantar ke Singapura.

Seorang mangsa yang terselamat berkata, kapal tersebut, Heng Hong 168, karam pada pukul 4 pagi kerana dipukul ombak dan angin kencang.

Namun masih belum dipastikan, sama ada lima anak kapal yang masih hilang itu terjun ke dalam laut atau masih terperangkap di dalam kapal tersebut.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan