Idris Haron Terima Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Belia

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron pada Khamis dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Belia oleh Limkokwing University of Creative Technology.

Canselor Limkokwing University of Creative Technology Sultanah Dr Kalsom menyampaikan ijazah kehormat itu kepada Idris dalam majlis konvokesyen universiti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dekat sini.

Dalam ucapan penerimaannya, Idris berulang kali menyatakan sanjungan terhadap wawasan pengasas dan presiden universiti itu, Tan Sri Lim Kok Wing, yang digambarkannya sebagai seorang dermawan yang baru-baru ini menawarkan biasiswa bernilai RM450,000 kepada pelajar asing.

"Langkah pertama saya dalam pembangunan belia diilhamkan oleh kejayaan cemerlang Lim. Negara kita amat bertuah kerana mempunyai seorang warga sepertinya... yang tidak dapat dihalang, seorang pencipta, pakar kreatif, ahli strategi penjenamaan, ikon industri (dan) pakar komunikasi, " katanya dalam satu kenyataan.

Idris turut menyentuh tentang kesan globalisasi, satu daripadanya adalah wujudnya permintaan bagi sumber manusia yang tidak pernah cukup.

Beliau berkata terdapat kira-kira tujuh bilion orang di dunia dengan tiga bilion daripadanya akan memerlukan pekerjaan sepenuh masa.

"Bagaimanapun terdapat hanya 1.2 bilion pekerjaan di dunia. Oleh itu terdapat kekurangan 1.8 bilion pekerjaan di dunia. Seperti yang anda boleh bayangkan, persaingan akan menjadi sangat sengit," katanya.

Dalam usaha ke arah kelangsungan hidup, beliau berkata adalah penting bagi generasi muda untuk memperoleh lebih banyak kemahiran, termasuk kemahiran insaniah dan berpendidikan lebih baik.

"Malaysia, seperti juga negara lain, cuba untuk bersaing dengan cabaran. Di peringkat membuat dasar dalam kerajaan, kita dapati bahawa kita perlu sentiasa bersiap siaga untuk memberi respons kepada usaha ini.

"...dan kami memerlukan keupayaan generasi anda untuk memahami trend yang baru muncul, " katanya kepada para graduan.

Sementara itu Ijazah Kehormat Doktor Keusahawanan Global pula dianugerah kepada Pengasas dan Presiden Melium Group, Datuk Farah Khan pada majlis yang sama.

Sejumlah 1,119 pelajar dari 61 negara turut menerima ijazah mereka pada majlis berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan