Hukuman Sebar Gambar Mangsa Jenayah Cukup Untuk Mendidik - Wan Junaidi

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang mewujudkan akta baharu bagi menghukum orang awam yang menyebarkan gambar mangsa jenayah di Internet, Dewan Negara diberitahu pada Khamis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ketika ini hukuman dikenakan berasaskan Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan ia dilihat cukup untuk mendidik masyarakat.

"Masyarakat perlu tahu batasan tertentu dan menggunakan kebebasan yang diberi sebaik-baiknya dan oleh itu akta tersebut disifatkan cukup untuk mengajar masyarakat supaya tidak mudah menyebarkan sebarang gambar mangsa jenayah di Internet," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat.

Johari ingin tahu tindakan yang boleh diambil PDRM terhadap orang awam yang menyebarkan gambar-gambar mangsa di tempat kejadian jenayah dalam Internet.

Dr Wan Junaidi berkata antara peruntukan di bawah Akta berkenaan yang boleh digunakan bagi kesalahan itu ialah Seksyen 211 Larangan Terhadap Pemberian Kandungan Jelik dan Seksyen 233 Penggunaan Tidak Wajar Kemudahan Rangkaian atau Perkhidmatan Rangkaian.

Katanya mana-mana individu yang disabit kesalahan di bawah kedua-dua seksyen berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya.

Pesalah yang didapati masih melakukan kesalahan sama selepas pensabitan, boleh dikenakan denda RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari, kata timbalan menteri itu.

Wan Junaidi berkata tindakan penguatkuasaan dan hukuman hanya boleh diambil di bawah Akta berkenaan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan diguna pakai pihak berkuasa lain termasuk PDRM.

Dalam pada itu, Wan Junaidi berkata sejak 2010, hanya dua orang, iaitu anggota polis yang telah dikenakan tindakan tatatertib, kerana menyebarkan gambar mangsa jenayah dengan memuat naik ke Internet.

"PDRM memandang serius kes sebaran gambar ini ke media jalur lebar, whatsapp dan lain-lain lagi kerana ini boleh menjatuhkan imej dan sikap profesional," katanya.

Beliau berkata selain pendakwaan di mahkamah, mana-mana anggota dan pegawai yang didapati bersalah turut dirujuk ke Suruhanjaya Polis untuk hukuman di peringkat dalaman seperti potong gaji, gantung atau buang kerja. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan