DBKL Kurangkan Kadar Cukai Taksiran, Warga Kota Boleh Tarik Nafas Lega

Diterbitkan: Jumaat, 20 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Adnan Tengku Mansor
Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR: Penduduk warga kota Kuala Lumpur boleh menarik nafas lega apabila Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk mengurangkan kadar cukai taksiran daripada 2 kepada 3 peratus.

Sementara cukai hartanah kediaman akan dikenakan pada kadar 4 peratus manakala hartanah komersil pula ditetapkan pada kadar 10 peratus, turun daripada 6 peratus dan 12 peratus sebelum ini, umum Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata kadar semakan yang baru itu akan berkuatkuasa pada Julai 2014.

Pengumuman berkenaan dibuat sleepas warga kota mengemukakan bantahan terhadap kenaikan kadar cukai taksiran yang tinggi diumumkan oleh DBKL sebelum ini.

Bulan lalu Tengku Adnan berkata beliau akan melihat aduan yang diterima serta memberi jaminan akan ada pengurangan terhadap kadar cukai taksiran yang diumumkan sebelum ini.

"Satu panel akan ditubuhkan untuk menilai surat bantahan yang diterima dan sesi pendengaran awam akan diadakan untuk penduduk yang mahu merayu pengurangan kadar cukai taksiran yang seterusnya," katanya pada sidang media di Menara DBKL pada Khamis.

Tengku Adnan berkata sebanyak 153,187 surat bantahan diterima daripada warga kota yang tidak bersetuju dengan kenaikan kadar cukai taksiran tersebut.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan