Wanita Umno Sedia Gerakkan Anggota Untuk Banjir Gelombang Kedua

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Semua anggota Wanita Umno di 20,000 cawangannya sedia untuk digerakkan bagi membantu mangsa banjir jika gelombang kedua melanda, kata Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Katanya anggota Skuad Sayang yang turun padang sejak banjir melanda awal bulan ini juga masih berada di akar umbi dan menghulurkan pelbagai bantuan yang diperlukan oleh mangsa.

Wanita Umno turut meminta rakyat Malaysia yang prihatin untuk memberi sumbangan baik dari segi kewangan mahupun barangan seperti tilam dan peralatan persekolahan, katanya kepada media selepas bergotong-royong membersihkan kediaman penduduk di Kampung Alor Ladang di sini Khamis.

Katanya bantuan itu boleh diserahkan kepada mana-mana pejabat Wanita Umno.

Program gotong-royong itu disertai oleh 50 sukarelawan Skuad Sayang dan Yayasan 1Malaysia Development Berhad. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan