SPRM Tahan 326 Orang Awam Tawar Rasuah & Suapan Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sebanyak 326 orang awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan kes penawaran dan pemberian suapan antara Januari hingga November tahun ini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata daripada jumlah itu 61 tangkapan melibatkan warga asing dengan nilai suapan yang direkodkan serendah RM5 hingga RM700,000.

Beliau berkata 155 penjawat awam turut ditahan kerana menerima rasuah dalam tempoh sama tahun ini, 63 individu telah didakwa di mahkamah dan 53 disabitkan bersalah atas tuduhan memberi atau menawarkan rasuah. "Jika sebelum ini penguat kuasa undang-undang menjadi perhatian SPRM kerana meminta rasuah namun situasi berubah apabila kini lebih ramai orang awam yang ditahan berbanding penguat kuasa undang-undang dan penjawat awam. "Kecenderungan warga asing cuba merasuah penjawat awam di negara ini agak membimbangkan kerana tindakan itu dilihat seolah-olah kredibiliti penguat kuasa undang-undang negara ini boleh dibeli tetapi sebenarnya tidak," katanya pada sidang media selepas perasmian Kompleks SPRM Melaka di sini, Khamis.

Majlis disempurnakan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Bagaimanapun Mustafar berkata statistik tangkapan melibatkan orang awam menunjukkan penurunan sepanjang tiga tahun lepas iaitu 651 orang pada 2010, 595 orang (2011) dan 413 orang (2012).

Beliau berkata perkembangan positif itu ekoran kerjasama erat antara SPRM dan agensi penguat kuasa undang-undang seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan dalam usaha mengekang amalan pemberian rasuah dalam kalangan orang awam. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan