Pengambilan Pembantu Rumah Diuruskan Agensi - Najib

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono selepas memberi kenyataan bersama pada Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-10 di Istana Merdeka dekat Jakarta pada Khamis. -Foto BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (kiri) bersalaman dengan Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono selepas memberi kenyataan bersama pada Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia ke-10 di Istana Merdeka dekat Jakarta pada Khamis. -Foto BERNAMA

JAKARTA: Malaysia dan Indonesia memutuskan untuk membenarkan agensi pengambilan pembantu rumah di kedua-dua negara untuk bekerjasama dalam Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan lebih ramai pembantu rumah warga Indonesia bekerja di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau telah mencadangkan kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono supaya kedua-dua agensi tersebut bekerjasama dalam MoU itu.

"Presiden bersetuju dengan kertas kerja itu dan jika kedua-dua agensi boleh menandatangani MoU itu, saya yakin bilangan pembantu rumah ke Malaysia akan mencapai tahap dikehendaki," katanya kepada pemberita selepas rundingan tahunan dengan Susilo di Istana Negara di sini, Khamis.

Beliau berkata Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa) dan agensi pembantu rumah Indonesia, Apjati akan diminta untuk bekerjasama dalam MoU itu.

Sementara itu Bernama melaporkan, Najib berkata penglibatan pihak swasta yang mewakili Malaysia dan Indonesia dalam bentuk persefahaman bersama dalam urusan itu merupakan perluasan kepada MoU mengenai pelaksanaan pengambilan dan perlindungan terhadap pembantu rumah Indonesia, yang dipersetujui oleh kedua-dua negara di Bali, pada tahun 2011.

MoU di Bali itu menyaksikan Indonesia bersetuju menarik balik moratorium penghantaran pembantu rumah ke Malaysia. "Bapak Presiden pun setuju supaya MoU ditandatangani antara Persatuan Agensi Pekerja Asing (Papa) di Malaysia dengan Persatuan Agensi Pembekal Tenaga Kerja Indonesia (Apjati). "Kalau kedua-dua pihak boleh menandatangani MoU, saya yakin bahawa bilangan pembantu rumah Indonesia ke Malaysia dapat mencapai bilangan yang kita harapkan," katanya pada

Sungguhpun ada banyak permintaan daripada majikan Malaysia terhadap pembantu rumah Indonesia, penghantaran mereka oleh agensi pekerja asing Indonesia melalui kerjasama dengan agensi pekerja asing Malaysia sehingga kini masih tidak menggalakkan. Antara faktor yang dipercayai menyebabkan keadaan ini ialah biaya pengambilan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Indonesia dan Malaysia sebanyak RM4,511, dikatakan tidak menguntungkan agensi pekerja asing.

Soal gaji rendah yang ditawarkan oleh majikan Malaysia berbanding negara lain seperti Hong Kong dan negara-negara Timur Tengah juga dipercayai antara faktor yang menyebabkan pembantu rumah Indonesia kurang tertarik untuk bekerja di Malaysia.

Dalam kenyataannya hari ini, perdana menteri berkata setakat ini hanya 513 pembantu rumah dihantar menggunakan saluran yang persetujui dalam MoU sekarang.

Apa yang jelas daripada perkembangan sekarang ialah bilangan pembantu rumah Indonesia yang dibawa masuk oleh angensi pekerja asing itu terlalu rendah berbanding permintaan oleh majikan Malaysia, yang dianggar memerlukan kira-kira 30,000 pembantu rumah setahun.

Difahamkan pada masa ini ada kira-kira 127,000 pembantu rumah Indonesia sudah berdaftar di Malaysia.

Menteri Sumber Manusia Richard Riot yang ditemui selepas acara itu berkata pada masa ini Jawatankuasa Kerja Bersama (JWG) Malaysia-Indonesia mengenai pengambilan dan perlindungan pembantu rumah dan majikan pada September lalu bersetuju menetapkan kos baharu pengambilan pembantu rumah Indonesia pada RM7,800.

Kos itu terdiri daripada RM6,000 yang ditanggung oleh majikan dan RM1,800 ditanggung oleh pekerja.

Setakat ini belum ada MoU mengenai penetapan kos pengambilan pada RM7,800 itu.

Katanya isu pembantu rumah Indonesia lebih baik diuruskan oleh agensi pengambilan pekerja asing di peringkat perniagaan dengan perniagaan (B to B) kerana urusan di peringkat kerajaan dengan kerajaan tidak menampakkan banyak kemajuan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan