Penambahbaikan Sistem Untuk Atasi Masalah Beratur Panjang Bagi Urusan Pasport

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jabatan Imigresen akan melakukan penambahbaikan bermula tahun depan untuk memudahkan urusan berkaitan pasport.
Jabatan Imigresen akan melakukan penambahbaikan bermula tahun depan untuk memudahkan urusan berkaitan pasport.

PETALING JAYA: Tempoh beratur panjang untuk mendapatkan nombor giliran dan memperbaharui pasport akan berakhir tidak lama lagi.

Apa saja boleh dilakukan secara dalam talian dibawah program penambahbaikan sistem My Imigration oleh Jabatan Imigresen.

Penambahbaikan itu yang akan dilaksanakan pada tahun depan, menjanjikan kelancaran di kaunter Imigresen, menjadikan urusan membuat pasport lebih mudah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad berkata, pembaharuan pasport secara dalam talian akan membolehkan setiap individu mengambil pasport tersebut di mana-mana pejabat cawangan jabatan itu di seluruh negara selepas ia diproses secara dalam talian dan bayaran dibuat menggunakan kad kredit.

Malah, mereka boleh mengambil pasport tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum membuat pendaftaran masuk untuk penerbangan mereka.

Mengenai transaksi secara dalam talian, ia diperkenalkan untuk mengurangkan kesesakan di kaunter dan sejajar dengan konsep 'pejabat senyap' jabatan itu.

Sementara itu, bagi urusan pengambilan pasport di KLIA, Alias berkata, jabatan tersebut menubuhkan sebuah cawangan di terminal lapangan terbang berkenaan yang membolehkan pengguna memohon pasport baharu atau memperbaharui pasport mereka di sana.

"Cawangan itu dijangka akan beroperasi dalam tempoh dua bulan lagi.

"Rakyat Malaysia yang pasport mereka sudah tamat tempoh atau rosak, boleh menggunakan perkhidmatan itu sebelum penerbangan mereka," katanya.

Alias berkata, penambahbaikan itu perlu dilakukan kerana sistem sedia ada tidak boleh menampung peningkatan dari segi permohonan pasport, biarkan pembaharuan dibuat secara dalam talian.

"Kami memproses 2.3 juta pasport pada tahun lalu, dan ia sudah mencecah jumlah tersebut setakat ini.

"Sistem secara dalam talian itu hanya akan menyediakan perkhidmatan pembaharuan pasport dan bukan untuk pasport baharu kerana pemohon tersebut dikehendaki untuk mengimbas maklumat biometrik mereka di pejabat Imigresen," kata Alias.

Menurut beliau, penambahbaikan itu juga membolehkan orang ramai untuk memohon visa dan permit kerja secara dalam talian.

Penambahbaikan itu turut disambut baik oleh Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj yang berkata, orang ramai memperbaharui pasport mereka kini mengambil nombor giliran di pejabat Imigresen tetapi tidak boleh mengambil pasport mereka pada hari yang sama.

Beliau berkata, mekanisme yang betul perlu dilakukan untuk memantau perlaksanaan sistem baharu itu bagi mengelakkan sebarang masalah atau kelemahan berlaku pada masa akan datang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan