Pemuda MCA Perlu Agresif Kembalikan Kegemilangan MCA - Liow

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Liow (tengah) bersama Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong (tiga, kanan) bersalam dengan para perwakilan ketika hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-49 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, Khamis. - fotoBERNAMA
Liow (tengah) bersama Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong (tiga, kanan) bersalam dengan para perwakilan ketika hadir pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA Ke-49 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, Khamis. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Khamis menggesa barisan Pemuda MCA supaya tampil secara agresif untuk mengembalikan kecemerlangan dan kegemilangan parti itu.

Beliau mahu sayap parti itu mampu memikul tanggungjawab berkenaan demi merealisasikan misi meraih semula sokongan masyarakat Cina untuk masa depan parti. Katanya Pemuda MCA bukan sekadar memainkan peranan barisan hadapan kepada parti, malah menjadi jentera sokongan untuk menarik dan membawa masuk muka-muka baharu.

"Kita semua sedar bahawa sekarang ialah titik perubahan hala tuju untuk MCA. Masa depan MCA sama ada gelap atau cerah, segala-galanya bergantung kepada kemahuan kita.

"Sebagai anggota Pemuda yang dahulu kala pernah mengharungi cabaran parti, saya tetap percaya kita mampu meneroka satu jalan yang baharu," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda MCA ke-49 di Wisma MCA di sini.

Liow, yang merupakan calon bagi jawatan presiden MCA, berkata sayap Pemuda perlu bersedia menghadapi pilihan raya akan datang termasuk dengan menguasai media sosial untuk menyampaikan agenda dan pencapaian MCA, lebih-lebih lagi kepada golongan muda.

"Pemuda MCA perlu mendampingi golongan muda, khasnya mereka yang mengundi buat kali pertama atau kali kedua. Dengan pendekatan ini, kita percaya MCA akan mendapat semula sokongan pada pilihan raya akan datang," katanya.

Dalam pada itu, Liow menegaskan MCA enggan tunduk mengaku kalah, sebaliknya akan menguatkan semangat dan gigih dalam mencapai matlamat perjuangan demi kepentingan parti dan semua rakyat, khususnya masyarakat Cina.

Walaupun prestasi MCA pada pilihan raya umum lepas kurang berpihak kepada parti itu, namun ini tidak boleh berkekalan kerana MCA perlu bangkit di persada politik tanah air, katanya.

MCA, tegas beliau, akan terus berpegang kepada hak bersuara dalam soal politik dan ekonomi, semangat hormat-menghormati dalam soal kebudayaan selain hak untuk pembangunan dalam soal pendidikan.

Sehubungan itu, Liow berkata sebagai pengerusi Jawatankuasa Transformasi MCA, beliau telah menyempurnakan laporan pelan induk transformasi parti itu yang akan dilaksanakan selepas pemilihan parti.

Pelan itu antara lain menggariskan bahawa MCA perlu mampu menjadi wakil semua rakyat serta memberi sumbangan dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.

Turut hadir Ketua Pemuda Kebangsaan parti Datuk Dr Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha.

Dalam ucapannya, Wee yang juga calon jawatan timbalan presiden, berkata tiga langkah iaitu berubah, bersatu padu dan bertindak perlu dilakukan ke arah mentransformasikan parti.

Beliau juga mahu semua pemimpin dan anggota MCA, yang menang atau kalah, bersatu dan berjuang dengan semangat berpasukan untuk menghadapi tempoh kritikal ketika MCA mengorak langkah mengembalikan kecemerlangan parti.

MCA juga akan membantu kerajaan memenangi hati rakyat dengan menggubal dasar menjaga kepentingan semua kaum supaya Barisan Nasional terus menjadi parti yang dipilih masyarakat, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan