Pemilihan MCA Bermula Hari Ini Dengan Pemilihan Pemuda

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemilihan MCA, yang ditunggu-tunggu pelbagai pihak, bermula pada Khamis dengan Perhimpunan Tahunan Pemuda MCA Kebangsaan ke-48 dan pemilihan barisan kepimpinannnya di ibu pejabat parti itu di sini.

Pemilihan bagi sayap Pemuda menyaksikan 69 calon bertanding merebut 34 jawatan.

Pemilihan jawatan Ketua Pemuda melibatkan pertandingan satu lawan satu antara Ketua Biro Pendidikan Chong Sin Woon dan ketua Pemuda Bahagian Batu Datuk Goh Gaik Meng.

Bagaimanapun, pemilihan bagi sayap Wanita pada Jumaat boleh dikatakan kurang sengit apabila hanya 43 calon bertanding untuk merebut 31 kerusi.

Naib Ketua Wanita Datuk Heng Saie Kie akan berdepan dengan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Tan Cheng Liang bagi jawatan Ketua Wanita MCA.

Kedua-dua jawatan tertinggi Wanita dan Pemuda MCA kosong selepas Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong dan Ketua Wanita Datuk Yu Chok Tow mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan.

Dalam penamaan calon pada Isnin, calon tunggal Datuk Lee Pit Chern memenangi jawatan timbalan ketua wanita tanpa bertanding.

Perhatian akan bertumpu pada pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan presiden iaitu antara timbalan presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai, naib presiden Gan Ping Sieu dan bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat.

Bagi jawatan timbalan presiden, Datuk Wee akan bertanding satu lawan satu dengan naib presiden Datuk Donald Lim Siang Chai. Wee, yang menjadi Anggota Parlimen Ayer Hitam untuk penggal ketiga, menjadi rakan seiring Liow, manakala Lim dikatakan memihak kepada presiden parti Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang tidak mempertahankan jawatan.

Ini merupakan percubaan kali kedua Ong untuk menduduki jawatan nombor satu parti itu setelah kalah kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada 2010.

Ia juga merupakan cubaan kali kedua Lim setelah kalah kepada Dr Chua dalam pemilihan pada 2008.

Sembilan calon akan bertanding bagi merebut empat kerusi naib presiden, manakala 58 merebut 25 kerusi jawatankuasa pusat.

Sejumlah 2,385 anggota perwakilan akan mengundi pada pemilihan kali ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan