Pemegang Unit ASB Terima Dividen 7.7 Sen Seunit, Bonus 1 Sen Seunit

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.70 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2013 berbanding 7.75 sen tahun lepas.

Sejumlah 8.26 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 127.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.00 sen seunit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata walaupun pengagihan dividen kali ini rendah sedikit berbanding tahun lepas, kadar itu kekal kompetitif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global.

"Kadar ini juga bukanlah yang terendah yang pernah diagihkan oleh PNB kerana pada tahun 2009, pengagihan dividen adalah 8.65 sen seunit.

"Sebenarnya PNB mampu membayar dividen sebanyak 10.54 sen seunit untuk tahun ini, tetapi kita bawa ke hadapan 2.71 sen seunit bagi membantu portfolio dana ini untuk lebih berdaya mampan di masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman pengagihan pendapatan ASB oleh Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid di sini Khamis.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan