Kenaikan Tarif Elektrik Masih Belum Cukup Biayai Kos, Perbelanjaan TNB

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kenaikan tarif elektrik baharu berkuatkuasa 1 Januari 2014, masih tidak mencukupi untuk menampung kos dan perbelanjaan Tenaga Nasional Bhd (TNB), kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga Datuk Ir Ahmad Fauzi Hasan.

"TNB masih perlu meminjam untuk bangunkan infrastruktur berikutan infrastruktur sedia ada di Semenanjung Malaysia sudah berusia, dengan sistem pembekalan atau penghantaran baharu perlu dibangunkan dari selatan ke Lembah Klang, yang memerlukan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit.

"Begitu juga loji jana kuasa baharu perlu dibina dan ini membabitkan banyak sumber kewangan untuk 20 tahun akan datang, terutama semakin banyak loji jana kuasa yang ditamatkan operasi akibat tamat tempoh," katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita pada 'Sesi Penerangan Penetapan Tarif Elektrik Di Semenanjung Malaysia' yang disertai lebih 40 wakil dari Persatuan Industri dan Pengguna, di sini Khamis.

Beliau berkata TNB membelanjakan sekitar RM6 bilion hingga RM 7 bilion setiap tahun untuk perbelanjaan modal dan penyenggaraan infrastruktur, berbanding keuntungan direkodkan tahun ini sebanyak RM4.6 bilion.

Menurut Ahmad sebagai agensi kawal selia, Suruhanjaya Tenaga akan memantau secara teliti kecekapan operasi dan setiap perbelanjaan TNB mulai tahun hadapan.

"Setiap bulan, TNB perlu melaporkan kepada Suruhanjaya Tenaga berhubung prestasi kualiti perkhidmatan, kos-kos yang terbabit. Tahun depan pula, Suruhanjaya Tenaga akan lebih rapi memantau kos-kos yang dibiayai oleh TNB untuk membekalkan elektrik. "Kita akan pastikan hanya kos-kos yang efisien atau cekap sahaja yang boleh dimasukkan ke dalam tarif. Kos-kos yang tidak efisien, tidak dibenarkan masuk ke dalam tarif," katanya.

Berkuatkuasa 1 Januari depan, purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia akan naik sebanyak 4.99 sen/kwj kepada 38.53 sen/kwj daripada 33.54 sen/kwj pada masa ini.

Sebelum ini Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Azman Mohd berkata tarif elektrik baharu itu merupakan sebahagian daripada program rasionalisasi subsidi kerajaan untuk mengukuhkan fiskal dan ia perlu untuk kebaikan jangka panjang ekonomi negara. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan