Kakitangan Bukan Eksekutif MAHB Terima Elaun Sara Hidup Mulai Januari Depan

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kakitangan bukan eksekutif Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bakal menerima bayaran elaun sara hidup (Cola) bermula Januari depan.

Yang Dipertua Kesatuan-kesatuan Pekerja MAHB Semenanjung Malaysia (Kesma) Hussin Shahar berkata pembayaran elaun Cola sebanyak RM140 sebulan itu akan melibatkan lebih 7,000 pekerja bukan eksekutif MAHB di seluruh negara.

"Pembayaran Cola ini merupakan satu daripada 22 perkara (tuntutan) yang telah ditambah baik oleh MAHB," katanya kepada media selepas sesi menandatangani perjanjian bersama ketujuh antara MAHB dan kesatuan-kesatuan sekerjanya pada Khamis.

Menurut Hussin, dengan pembayaran itu juga menjadikan MAHB syarikat berkaitan kerajaan kedua memberi elaun Cola kepada pekerjanya selepas Tenaga Nasional Berhad. Selain Kesma, turut menandatangani perjanjian itu ialah Kesatuan Pekerja-pekerja MAHB Sabah dan Labuan dan Kesatuan Pekerja-pekerja MAHB Sarawak.

Pengerusi MAHB Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata MAHB sentiasa mencari ruang untuk mengeratkan lagi hubungan antara majikan dan kesatuan pekerja kerana MAHB percaya hubungan baik itu akan menguntungkan kedua-dua pihak.

Beliau berkata perjanjian yang berkuat kuasa dari 1 Januari 2014 sehingga 31 Disember 2016 itu bermatlamat mewujudkan keharmonian perusahaan antara kedua belah pihak dengan mengadakan peraturan dan kefahaman yang jelas dalam perkara-perkara berkaitan.

Perjanjian kali ini meletakkan faedah kewangan keseluruhan sebagai antara agenda utama dengan semua warga kerja bakal menerima pelarasan mengikut struktur gaji baharu dan penambahbaikan elaun, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan