Esscom Wujudkan SOP Tingkat Keselamatan Pusat Peranginan

Diterbitkan: Khamis, 19 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Prosedur Standard Operasi (SOP) Keselamatan Industri Pelancongan di pantai timur Sabah akan diwujudkan untuk dijadikan garis panduan pengusaha pelancongan.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata penyediaan SOP itu merupakan antara usaha meningkatkan keselamatan di Zon Keselamatan Khas Timur Sabah (Esszone).

Katanya ia akan menjadi panduan kepada pengusaha pelancongan dalam penyediaan aspek keselamatan di pusat peranginan mereka dan mewujudkan komunikasi berkesan dengan pasukan keselamatan.

"SOP itu akan menjadi garis panduan jelas peranan semua pihak serta mewujudkan kerjasama dan komitmen tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Penyediaan SOP itu di sini Khamis.

Bengkel dua hari anjuran Esscom itu dihadiri 60 peserta kalangan pengusaha pusat peranginan, pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan.

Menurut Mohammad, penyediaan SOP itu mengambil kira semua maklum balas daripada banyak pihak khususnya pengusaha pelancongan dan pihaknya menyasarkan pelaksanaan SOP itu tahun depan.

Katanya apabila SOP itu siap disediakan, ia akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk Esscom yang dipengerusikan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebelum dikemukakan ke kabinet negeri untuk diluluskan.

Mohammad berkata pihaknya juga akan mencadangkan garis panduan yang terdapat dalam SOP ini digunakan sebagai syarat untuk meluluskan lesen operasi pusat peranginan pada masa akan datang.

Menurutnya penyediaan SOP itu diperlukan disebabkan aspek keselamatan kurang diberi perhatian pengusaha pusat peranginan di kawasan Esszone.

"Insiden penculikan dan tembak di Pulau Pom-Pom di Semporna dan hasil lawatan Esscom mendapati aspek keselamatan kurang diberi perhatian pengusaha pusat peranginan," katanya.

Esscom yang merupakan agensi penguatkuasaan keselamatan di kawasan Esszone ditubuhkan pada 1 April dan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Lahad Datu pada 13 April lepas.

Esszone merangkumi 10 daerah pesisir pantai sepanjang 1,733.7km dari Kudat ke Tawau. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan