Sebanyak 98 Peratus Pengguna Terima Bekalan Air - Syabas

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 98 peratus atau 217,694 akaun pengguna di Petaling, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam dan Gombak telah menerima bekalan air seperti sedia kala sehingga 3 petang ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) Priscilla Alfred berkata hanya 2,388 akaun di Klang dan Shah Alam dan 842 akaun di Petaling yang masih menghadapi tekanan air rendah.

"Bekalan air di kawasan terlibat di Gombak dan Kuala Lumpur telah pulih sepenuhnya sejak 9 pagi tadi. "Syabas menjangka bekalan air ke kesemua kawasan ini yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan akan pulih sepenuhnya menjelang pagi esok," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Kawasan yang masih mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah ialah Bandar Baru Sri Petaling, Desa Petaling, Jalan Kuchai Lama, Jalan Klang Lama, Kuchai Enterpreneurs Park dan Taman OUG.

Kawasan lain ialah Jalan Sungai Besi, Kampung Baru Salak Selatan, Kampung Malaysia, Taman Bukit Indah, Taman Desa dan kawasan Bukit Naga.

Priscilla berkata kerja membaik pulih dan menaik taraf peralatan utama loji berkenaan disiapkan sepenuhnya oleh Puncak Niaga Sdn Bhd kira-kira 8 malam tadi.

"Selepas itu, bekalan air bersih disalurkan ke semua kolam imbangan Matang Pagar. Pada masa sama, Syabas mengaktifkan semula penyaluran air dari kesemua 41 kolam utama dan kolam perkhidmatan Syabas yang dikawal semasa henti tugas (separa) LRA SSP2 bagi memulihkan semula bekalan air yang terjejas dengan gangguan bekalan air," katanya.

Beliau berkata pengguna disarankan agar terus menggunakan bekalan air secara berhemah kerana ia boleh membantu untuk mempercepat proses pemulihan bekalan air di kawasan yang masih mengalami tekanan air rendah.

Maklumat terkini serta perkembangan pemulihan boleh didapati di laman web Syabas, www.syabas.com.my. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan