Pemilihan MCA: Tak Perlu Adakan Debat Terbuka Dengan Donald Lim - Dr Wee

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wee Ka Siong
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata tidak ada keperluan untuk mengadakan debat terbuka antara beliau dengan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata dia tidak takut untuk berdebat dengan lawannya namun ia tidak ada keperluan pada ketika ini kerana ia hanya, melibatkan pemilihan parti.

"Rakyat boleh menilai manifesto kita dan calon lawan di media," katanya ketika diminta mengulas sama ada beliau bersedia untuk berdebat dengan Lim.

Kedua-dua calon yang mempunyai kelayakan sebagai seorang jurutera akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MCA pada pemilihan parti yang akan diadakan Sabtu.

Dr Wee berkata, pada masa ini, kebimbangan utama mereka ialah untuk memperkukuh dan menyusun semula parti.

"Saya akan bersetuju sekiranya kami berdebat dihadapan 2,385 anggota jawatankuasa pusat (CC) yang akan menentukan nasib saya," katanya.

Ditanya mengenai peluangnya, Dr Wee berkata beliau dan Lim mempunyai peluang sama rata untuk memenangi pertandingan tersebut.

Beliau berkata ada pihak yang melihat dirinya sebagai calon yang terlalu muda, namun Dr Wee berkata pada usia 45 tahun adalah umur yang sesuai untuknya memegang jawatan nombor dua.

Tan Sri Lee San Choon, menjadi presiden pada usia 38 tahun, Tun Ling Liong Sik, pada usia 45 tahun, jadi beliau yang berumur 45 tahun bukanlah calon yang paling muda, katanya.

Lim kini berusia 58 tahun.

Mempengerusikan mesyuarat terakhir sayap Pemuda di Wisma MCA pada Rabu, Dr Wee berkata beliau tidak mempunyai sebarang perasaan istimewa untuk meninggalkan sayap berkenaan.

"Seperti yang anda lihat sekarang, saya sangat relaks sekarang," katanya.

Beliau berkata seramai 1,966 perwakilan layak menghadiri konvensyen Pemuda. Dengan 567 (29%) terdiri daripada wanita.

"Kita hampir mencapai sasaran untuk memiliki seramai 30 % wanita dalam sayap parti. Ini satu permulaan yang baik dan kali pertama dalam sejarah MCA selepas kita meminda perlembagaan untuk menerima wanita (dan menurunkan had umur daripada 45 kepada 40 tahun)," kata Dr Wee sambil yakin ramai yang perwakilan yang akan hadir.

Dalam mesyuarat terakhir itu, Dr Wee berkata jawatankuasa Pemuda kini memberi fokus kepada perbincangan mengenai resolusi yang akan dibentangkan pada konvensyen parti.

Sebanyak 17 resolusi dengan memfokuskan kepada beberapa sektor seperti politik, ekonomi, pendidikan, parti dan pembangunan sosial akan di bawa dalam sesi perbahasan.

Antara topik yang akan dibahaskan ialah kenaikan tarif elektrik, pendidikan sekolah Cina, isu membanteras rasuah, isu disiplin pemimpin Barisan Nasional termasuk kenyataan yang dibuat oleh pemimpin Umno pada perhimpunan agung mereka baru-baru ini yang dikatakan boleh menimbulkan sentimen perkauman di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Mengenai calon pengganti beliau, Dr Wee berkata kedua-dua calon, Ketua Pemuda Selangor, Chong Sin Woon dan Ketua Pemuda bahagian Batu, Datuk Goh Gaik Meng merupakan pemimpin yang bagus.

"Ini satu pemilihan adik beradik. Saya berharap semua ahli Pemuda akan bersatu padu di bawah satu pasukan dengan satu visi selepas pemilihan berakhir," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan