N.Sembilan Kaji Kenaikan Elaun Adun

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji sama ada akan menaikkan kadar elaun Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata, sudah terlalu lama Adun di negeri ini menerima elaun pada kadar sekarang berjumlah RM5562 tanpa kenaikan. "Seingat saya sejak saya menjadi Menteri Besar tidak ada kenaikan, ini sudah lebih 10 tahun, oleh itu kajian akan dibuat. "Jika ada keperluan untuk menaikkan kadar elaun itu kita akan buat tapi bukan untuk bagi tinggi macam sesetengah negeri yang lain," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Mohamad berkata orang ramai perlu berhati-hati dengan sebarang tawaran oleh pihak tertentu bagi mendapatkan pingat dan darjah kebesaran sempena hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, 14 Januari depan.

Katanya, terdapat segelintir individu yang terpedaya dengan tawaran pihak tertentu yang kononnya boleh mendapatkan anugerah darjah kebesaran dan pingat.

Sementara itu, beliau berkata memandangkan hari keputeraan Tuanku Muhriz jatuh pada hari yang sama dengan sambutan Maulidur Rasul, maka kerajaan negeri memutuskan keesokan harinya iaitu 15 Januari sebagai cuti umum ganti. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan