Mat Sabu Dilantik Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mat Sabu.
Mat Sabu.

KUALA LUMPUR: PAS melantik timbalan presiden, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pulau Pinang selepas para perwakilan meneliti peranan parti dalam menguruskan negeri itu pada Muktamar PAS pada bulan lepas.

Bercakap kepada para pemberita di ibu pejabat PAS di sini, Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali bagaimanapun menafikan ia tiada kaitan dengan kritikan para perwakilan dengan menyatakan bahawa parti sekadar "melakukan penstrukturan semula" organisasi.

"Selain itu, Mat Sabu merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan beliau sudah biasa dengan negeri ini. Kami menyifatkan pelantikan beliau itu akan membantu kerja-kerja kami di sana terutama beliau merupakan timbalan presiden parti," katanya pada Selasa.

"Dengan kedudukan beliau itu, beliau boleh memainkan peranan yang signifikan, yang berhubung dengan konteks hubungan kita dengan anggota Pakatan Rakyat yang lain dan menguruskan jentera parti," tambahnya.

Mustafa turut menafikan bahawa pesuruhjaya Pulau Pinang sebelum ini iaitu Datuk Mohd Salleh "digugurkan", berikutan dengan ketegangan antara PAS Pulau Pinang dengan DAP mengenai dakwaan "campur tangan" dalam hal ehwal Islam dan dalam pelantikan ahli jawatankuasa keselamatan

Pelantikan Mat Sabu membarisi senarai pesuruhjaya parti yang baru yang diumumkan pada awal Disember.

Terdahulu, Mohamad mengumumkan bahawa parti melantik bendahari baru, Asmuni Awi bagi menggantikan Datuk Mohd Yaakob berikutan tugas baru beliau sebagai Menteri Besar Kelantan yang begitu besar.

Beliau bagaimanapun kekal sebagai pesuruhjaya negeri.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan