Kenaikan Tarif Elektrik Libatkan Bil RM150 Dan Ke Atas Sahaja

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik yang berkuat kuasa Januari ini, tidak akan menjejaskan pengguna biasa terutama yang mempunyai bil RM70 dan ke bawah sebulan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata kenaikan itu hanya memberi implikasi ke atas pengguna yang bil elektrik bulanannya RM150 dan ke atas sahaja.

"Tidak ada tambahan kalau kita kekalkan penggunaan elektrik seperti biasa. Mereka yang guna elektrik RM150 akan alami tambahan bayaran antara RM12 dan RM20 sebulan," katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Kewangan 2013 di Dewan Negara pada Rabu.

Ahmad berkata semakan dengan rekod Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati kira-kira 70 peratus daripada penggunanya tidak terlibat dengan kenaikan itu sebaliknya ia memberi kesan terhadap 30 peratus pengguna yang terdiri daripada pihak industri.

Menurutnya kerajaan juga menanggung bil elektrik bagi lebih sejuta rumah rakyat miskin yang kosnya berjumlah kira-kira RM150 juta setahun.

Beliau turut memberitahu Dewan Negara bahawa Dasar Rasionalisasi Subsidi yang melibatkan pengurangan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen membolehkan kerajaan berjimat sebanyak RM24.8 bilion.

Penjimatan itu membolehkan kerajaan menggunakan wang berkenaan untuk melaksanakan pelbagai projek lain yang memanfaatkan rakyat termasuk membina balai raya dan universiti, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan