Kedah Siasat Kes Penebangan Hutan Tidak Terkawal

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan melakukan siasatan untuk mengenal pasti pihak yang melakukan kerja-kerja penebangan hutan secara tidak terkawal di beberapa kawasan hutan di negeri ini terutama di Langkawi.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat dengan kerja-kerja itu.

Katanya kerajaan negeri sebelum ini telah memutuskan seluruh kawasan hutan di Langkawi adalah hutan simpan kekal yang tidak dibenarkan sebarang aktiviti perhutanan dan pembalakan.

"Saya kecewa berlakunya pencerobohan seperti ini. Saya minta kalau ada laporan kegiatan itu masih berlaku, kena maklumkan pihak berkuasa di Langkawi. Kita di sini (tanah besar) dah mula nak ambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada sekolah agama rakyat dan persatuan agama daerah Yan di sini, Rabu.

Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan beberapa kawasan hutan di daerah Langkawi, Baling dan Padang Terap dikenal pasti semakin 'cerah' ekoran berlakunya aktiviti penebangan hutan dan pengusahaan tanah secara tidak terkawal.

Laporan itu memetik kenyataan Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah Ku Azmi Ku Aman bahawa tinjauan dan siasatan dilakukan bahagian penguat kuasa, didapati kawasan tersebut diceroboh oleh individu dan bukannya mana-mana syarikat. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan