Kadar Keganasan Terhadap Wanita Di Negara Ini Berkurangan - Azizah

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kadar keganasan terhadap wanita di negara ini semakin berkurangan ekoran pelbagai program kesedaran yang dijalankan kerajaan, kata Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Katanya, sebanyak 2,229 kes keganasan dicatat sehingga September tahun ini dan angka itu menunjukkan penurunan berbanding 2,588 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

"Kita berharap angka ini akan terus berkurangan dan kementerian akan meneruskan pelbagai kempen kesedaran untuk meningkatkan penglibatan masyarakat bagi menangani kes keganasan terhadap wanita. "Talian Nur 15999 juga adalah antara faktor kejayaan ini kerana masyarakat sudah tahu di mana dan apa tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka mempunyai maklumat tentang kes keganasan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis graduasi program inkubator kemahiran ibu tunggal (I-Kit) dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNITA) di sini, Rabu.

Seramai 65 peserta menyertai kursus anjuran kementerian itu yang melibatkan pelbagai bidang kemahiran termasuk jahitan cadar dan langsir, pembuatan makanan berasaskan ikan dan makanan ringan seperti kerepek.

Setiap peserta perlu mengikuti program inkubator itu yang berlangsung minimum lima hari sebelum diberikan sijil untuk memudahkan mereka mendapat pembiayaan kewangan dari institusi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

Azizah berkata keberkesanan program inkubator itu terbukti apabila 50 peratus daripada peserta kini mampu menjalankan perniagaan sendiri dan menjana pendapatan sampingan lebih tinggi berbanding sebelum ini.

"Ada yang mampu memperoleh pendapatan 50 peratus lebih banyak berbanding sebelum menyertai program ini dan kita sangat menggalakkan agar mereka menjadi usahawan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada wanita lain pula," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan