Imigresen Malaysia Akan Bangunkan Sistem APSS Tapis Kemasukan Penjenayah

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia akan membangunkan satu sistem dikenali sebagai 'Advanced Passenger Screening System' (APSS) sebagai langkah proaktif menghalang kemasukan penjenayah rakyat asing ke negara ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Alias Ahmad berkata dengan adanya APSS mana-mana rakyat asing yang dikenal pasti sebagai penjenayah, disenarai hitam atau dikehendaki pihak berkuasa akan dapat dikesan lebih awal seterusnya dihalang memasuki negara ini.

"Kita ingin bekerjasama (dengan Singapura) untuk membangunkan sistem APSS di Malaysia. Singapura kini dalam proses melaksanakan ujian (pilot) menggunakan sistem itu. Malaysia dalam proses membangunkan sistem. Kita akan mengkaji sistem APSS Singapura untuk membangunkan sistem kita. "Jadi sesiapa yang dalam senarai hitam atau disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah antarabangsa seperti pengganas, tidak akan dibenar terbang atau memasuki negara kita. Kita (akan) laksanakan ini dengan Singapura," katanya.

Alias bercakap kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dua hala antara Jabatan Imigresen Malaysia dengan Immigration & Checkpoint Authority (ICP) Singapura - yang kedua selepas yang pertama diadakan tahun lepas di Singapura.

Mesyuarat itu bertujuan mengeratkan kerjasama imigresen kedua-dua negara terutama dalam hal yang berkait dengan pergerakan keluar masuk manusia kedua-dua negara.

Menurut Alias dalam tempoh tiga bulan ini pihaknya akan menyediakan cadangan sistem itu untuk dikemukakan kepada kerajaan dan sekiranya diluluskan sistem APSS itu diharap dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Katanya pada masa ini dianggarkan cuma 18 negara, semuanya negara maju, sudah melaksanakan sistem itu dan Malaysia akan bekerjasama dengan negara berkenaan apabila sistem itu dilaksanakan di negara ini.

Alias berkata Imigresen Malaysia perlu bersedia dengan segala kemudahan termaju bagi menghadapi pergerakan manusia kerana tahun lepas sahaja pergerakan masuk dan keluar manusia antara Singapura dan Malaysia melalui dua pintu masuk di Johor ialah kira-kira 148 juta orang.

Alias berkata dalam mesyuarat berkenaan juga kedua-dua pihak turut bersetuju berkongsi maklumat risikan serta dalam aspek pengesanan pasport hilang atau dicuri bagi mengelak ia disalahguna orang lain. Alias juga berkata Imigresen Malaysia juga akan mengkaji sistem pengeluaran e-Visa Singapura di luar negara untuk melihat kesesuaiannya dilaksanakan oleh Malaysia dan jika sesuai ia akan ditambah baik dengan memasukkan aspek biometrik. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan