Anwar Minta Selangor Bantah Rancangan Kerajaan Naikkan Harga Tol

Diterbitkan: Rabu, 18 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Anwar
Anwar

PETALING JAYA: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan negeri Selangor yang mempunyai 30 peratus pegangan dalam Kesas dan Sprint serta 20 peratus kepentingan dalam Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) untuk membantah rancangan kerajaan meningkatkan kadar tol.

Beliau berkata Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan membangkitkan isu ini dengan majlis eksekutif pada Rabu.

"Saya telah berbincang dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dan beliau bersetuju bahawa Selangor akan menggunakannya kepentingan dalam syarikat-syarikat konsesi lebuh raya untuk menolak kenaikan tol tersebut.

"Saya menolak alasan oleh Barisan Nasional bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk membendung kenaikan tol," katanya di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Anwar menambah Khalid juga telah bersetuju untuk mengenakan syarat-syarat di lebuh raya baru, yang akan dibina di negeri ini.

Lebuh raya terseut termasuklah DASH, KIDEX, SUKE dan KLORR.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan