Skuad Khas Bencana Terlatih Dalam Bidang Keselamatan Ditubuh

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Subramaniam (kanan) melancarkan tabung mangsa banjir Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sewaktu melawat Hospital Kemaman di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman (kiri) dan Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Kesihatan, Datuk Noor Majidah Walad (tengah). Foto BERNAMA
Subramaniam (kanan) melancarkan tabung mangsa banjir Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sewaktu melawat Hospital Kemaman di sini hari ini. Turut hadir Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman (kiri) dan Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Kesihatan, Datuk Noor Majidah Walad (tengah). Foto BERNAMA

KEMAMAN: Kementerian Kesihatan akan menubuhkan skuad khas untuk menghadapi bencana dengan memberi latihan dan kemahiran keselamatan kepada pegawai perubatan yang terpilih, kata menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata, anggota skuad khas itu akan diberikan beberapa latihan keselamatan oleh pegawai dari agensi keselamatan yang berkaitan agar mereka lebih bersedia apabila menyertai misi bantuan bencana pada masa akan datang.

"Pegawai perubatan bukan sahaja perlu diberi latihan berkaitan perubatan malah juga latihan keselamatan seperti menyelamat mangsa banjir," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat dan lawatan rasmi di Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di sini.

Beliau berkata, skuad khas bencana itu akan dibentuk dalam masa terdekat dan melibatkan beberapa pegawai perubatan yang terpilih.

Skuad khas itu akan ditempatkan di beberapa kawasan yang dilanda bencana dan mereka akan dikerah membantu mangsa bencana selain bantuan daripada pegawai perubatan sedia ada, katanya.

Sementara itu Subramaniam berkata, setakat ini belum ada sebarang laporan atau aduan luar biasa serangan wabak penyakit di kawasan terjejas banjir di negeri Pantai Timur.

Namun katanya pemantauan dari semasa ke semasa akan dibuat oleh pegawai perubatan untuk mengawal sebarang wabak penyakit berjangkit.

Katanya selain mempersiapkan pegawai dengan gelombang kedua banjir, pihaknya juga berharap banjir awal Disember lepas menjadi pengajaran agar semua pihak lebih bersedia apabila bencana melanda. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan