Pemimpin, Anggota PAS P.Pinang Digesa Bekerjasama Dengan Mat Sabu - Berita Semasa | mStar

Pemimpin, Anggota PAS P.Pinang Digesa Bekerjasama Dengan Mat Sabu

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohd Salleh Man mahu pemimpin dan anggota parti itu memberikan kerjasama kepada Timbalan Presiden parti Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas negeri yang baharu.

Mohd Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir berkata keputusan PAS pusat untuk melantik Mohamad adalah tepat.

"Tujuh tahun saya menerajui kepimpinan PAS Pulau Pinang dan sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada pemimpin seperti Mat Sabu memimpin pucuk pimpinan PAS di negeri ini dan saya sedia bekerjasama dengan beliau.

"Saya juga berharap beliau dapat mengukuhkan hubungan antara tiga parti yang berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat supaya tidak merencatkan agenda PAS di negeri ini," katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada Selasa mengumumkan pelantikan Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang selepas diputuskan dalam mesyuarat tertinggi PAS Pusat.

Mustafa berkata pelantikan itu sebagai satu 'ubah suai' dalam struktur organisasi PAS negeri berkenaan.

Sementara itu, Mohd Salleh yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) berkata Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang belum menerima sebarang aduan atau laporan mengenai gerakan penyebaran fahaman Syiah di negeri ini.

Katanya MAINPP sentiasa memantau perkara kegiatan fahaman itu dan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk melaksanakan beberapa kaedah bagi menyekat penyebaran fahaman syiah di negeri ini. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan