Pahang Perbaiki SOP Persiapan Banjir Gelombang Kedua

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Prosedur Operasi Standard (SOP) persiapan bantuan banjir gelombang kedua yang dijangka berlaku 18 hingga 22 Disember ini diubah mengikut ketetapan yang telah disediakan.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata perubahan itu membabitkan penyediaan makanan di pusat pemindahan banjir di daerah Kuantan yang akan diambil alih oleh pihak tentera.

Beliau berkata penyediaan makanan oleh anggota tentera itu hanya melibatkan pusat pemindahan di daerah Kuantan sahaja manakala daerah lain masih menggunakan khidmat sukarelawan.

"Mulai esok (Rabu), kita menyediakan pasukan bomba, polis dan Jabatan Penerangan untuk memberikan amaran awal di kawasan yang dijangka terbabit untuk berpindah kepada orang ramai.

"Amaran itu akan dibuat tiga jam lebih awal daripada jangkaan hujan lebat bagi membolehkan mereka yang terbabit dapat berpindah dengan lebih awal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Bencana Pahang di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Muhammad Safian berkata tiga pusat pemindahan di Kuantan iaitu Sekolah Kebangsaan (C) Chung Ching, Wisma Belia dan Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) dijadikan pusat pemindahan mangsa banjir gelombang kedua yang mampu menempatkan lebih 10,000 mangsa.

Katanya sekiranya ketiga-tiga penempatan itu penuh, tindakan untuk memindahkan mangsa ke pusat pemindahan lain akan dibuat berdasarkan beberapa lokasi yang telah dikenal pasti.

Menurutnya bekalan makanan yang mencukupi juga telah disediakan dengan Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota dijadikan depoh utama penyimpanan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan