Lulus Kursus BM Syarat Baharu Jadi Pengawal Keselamatan

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lulus kursus Bahasa Melayu, antara syarat baharu yang bakal dikuatkuasakan untuk pengawal keselamatan asing tahun depan, sebagai langkah menambah baik industri keselamatan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata penambahbaikan itu mengambil input daripada kajian yang dilakukan, yang turut melibatkan pelaksanaan mekanisme baharu bagi mengaudit kesemua pengawal keselamatan tempatan dan asing di negara ini.

"Kita harap dapat bentangkan kajian tidak lama lagi untuk menambah baik industri secara keseluruhan," katanya pada persidangan Dewan Negara, Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Boon Som Inong yang bertanya langkah kerajaan dalam mengatasi masalah komunikasi dengan pengawal keselamatan asing di pelbagai sektor dalam negara.

Pada masa ini terdapat kira-kira 300,000 pengawal keselamatan tempatan dan asing di negara ini.

Semasa menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed mengenai pemeriksaan latar belakang pengawal keselamatan, Wan Junaidi berkata kaedah baharu Agency Link Up System (ALIS) telah diguna pakai baru-baru ini.

Menerusi sistem itu, pihak berkuasa dapat mengesan keaslian atau penipuan maklumat diri mana-mana pengawal keselamatan.

"Menerusi sistem itu, kita dapat kesan nama individu, gambar, cap jari dan segala butiran akan keluar. Jika tidak keluar, bermakna seseorang pengawal keselamatan itu bukan warganegara atau menggunakan maklumat palsu," katanya.

Semasa menjawab soalan asal Khairiah mengenai pemberian lesen senjata api, Wan Junaidi berkata sejak 2010 hingga kini, sebanyak 20 buah syarikat telah digantung lesen dan 22 syarikat dibatalkan lesen di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Sebanyak 138 syarikat kawalan keselamatan telah diberikan lesen senjata api dengan 806 pucuk pistol dan pumpgun sebanyak 10,712 laras," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan