Kajian Kenaikan Gaji Dan Elaun Anggota Parlimen, Senator Dibentang Tahun Depan

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shahidan Kassim.
Shahidan Kassim.

KUALA LUMPUR: Kajian mengenai pelarasan dan kenaikan gaji dan elaun Anggota Parlimen dan senator dijangka dibentangkan tahun depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Beliau berkata, kajian itu merangkumi semua aspek termasuk ekonomi dan keadaan semasa.

Menurutnya pada masa ini, gaji termasuk elaun yang diterima penggubal undang-undang negara ialah RM6,000, yang dianggap rendah jika dibanding dengan negara lain.

"Contohnya, di Kemboja dan Thailand, MP (Anggota Parlimen) mereka terima elaun sebulan sehingga US$4,000 (RM12,000). Kita juga tewas kepada lawmakers (penggubal undang-undang) di Uganda yang menerima kira-kira US$2,500 (RM7,000)," katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara di sini, Isnin.

Beliau berkata, sepatutnya kenaikan gaji dan elaun di peringkat pusat menjadi contoh kepada kerajaan negeri tetapi keadaan sebaliknya berlaku apabila kerajaan negeri mengumumkan kadar baharu gaji dan elaun anggota Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Kita hairan apabila ada kerajaan negeri yang telah mendahului kerajaan pusat dalam hal ini. Ini memalukan," kata Shahidan yang melihat situasi itu seperti melanggar etika Parlimen.

Bulan lepas, DUN Selangor meluluskan kenaikan gaji menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Adun negeri itu berkuat kuasa 1 Januari depan.

Kerajaan Pulau Pinang kemudian turut mengusulkan cadangan kenaikan gaji Adun mereka daripada RM4,112.79 kepada RM6,000. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan