Kaedah Majoriti Mudah Tidak Akan Jejas Mana-Mana Parti Komponen BN - Tengku Adnan - Berita Semasa | mStar

Kaedah Majoriti Mudah Tidak Akan Jejas Mana-Mana Parti Komponen BN - Tengku Adnan

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kaedah majoriti mudah yang dicadangkan untuk diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) tidak akan menjejaskan mana-mana parti komponen kerana setiap parti mempunyai tiga wakil dalam BN, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Jelas beliau, dalam BN tidak kira parti komponen berkenaan besar atau kecil semua parti hanya mempunyai tiga wakil.

"Amalan konsensus yang diguna pakai BN pada masa ini menetapkan jika satu parti tidak setuju maka sesuatu cadangan itu tidak akan dapat diteruskan. Sebab itulah saya cadangkan kaedah majoriti mudah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kemudahan Park N Ride Bandar Tasik Selatan di sini Selasa.

Tengku Adnan berkata kaedah konsensus yang diguna pakai pada masa ini memberi peluang kepada pihak tertentu memanipulasi kaedah itu dan mendakwa terdapat parti yang besar mendominasi parti-parti lain dalam BN.

"Saya cukup terkilan dengan tuduhan itu," katanya.

Laporan sebelum ini menyebut cadangan untuk mengguna pakai kaedah majoriti mudah berbanding sistem konsensus yang kini diamalkan BN dalam membuat keputusan akan dikemukakan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN pada tahun depan.

Perlembagaan BN perlu dipinda untuk membolehkan kaedah undi majoriti dilaksanakan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan