Jabatan Imigresen Nafi Punca Kelewatan Proses Visa Pelajar

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menafikan bahawa ia bertanggungjawab bagi kes yang didakwa pelajar asing yang mengalami kelewatan dalam menerima visa mereka selepas mengemukakan permohonan melalui Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS).

"Sejak EMGS diperkenalkan, kami berjaya memproses 19,400 fail tertunggak (melibatkan permohonan visa pelajar) pada September tahun ini. Apa sahaja yang kita ada sekarang adalah terkini, jadi tiada isu mengenai kelewatan," kata Pengarah Bahagian Visa, Pas dan Permit, Abdul Wahap Abdul Hamid.

"Kami menasihatkan semua pelajar dan kolej atau universiti mereka untuk memohon pas lanjutan pelajar sekurang-kurangnya lapan minggu sebelum tarikh tamat tempoh.

"Jika mereka boleh mematuhi keperluan ini, kami menjamin bahawa pas pelajar akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja ," kata Abdul Wahap di ibu pejabat Imigresen di sini, Isnin.

Sejak Februari tahun ini, pelajar-pelajar asing dikehendaki mengemukakan pasportnya kepada EMGS, yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan untuk menyelaraskan pemprosesan visa pelajar.

The Star pada Ahad melaporkan mengenai rungutan ramai pelajar asing di Malaysia bahawa mereka mengalami kelewatan dalam memperbaharui visa mereka melalui proses tersebut.

Segelintir mereka berkata, pasport mereka ditahan selama berbulan-bulan manakala yang lain mendakwa kelewatan itu menyebabkan mereka terpaksa membuat bayaran tambahan untuk pas khas bagi membolehkan mereka terus berada di negara ini.

Abdul Wahap berkata, tidak pihak di jabatan itu dibenarkan untuk menyimpan mana-mana pasport kecuali unit penguatkuasaannya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, beliau dibanjiri dengan kiriman emel daripada pelajar berhubung isu berkenaan dalam tempoh dua hari lepas.

"Saya telah menerima lebih 100 emel setakat ini. Saya simpati apabila membacanya bahawa sesetengah pelajar tidak dapat menghadiri majlis penting di negara asal mereka kerana pasport mereka ditahan.

"Saya melanjutkan emel mereka kepada EMGS , dan saya diberitahu bahawa mereka akan cuba untuk mempercepatkan pemprosesan visa untuk pelajar-pelajar ini," katanya.

Kamalanathan menambah, mereka yang mempunyai masalah tersebut boleh menghubungi beliau di kamalanathanp@gmail.com .

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan