Hanya Rumah Ibadat Berdaftar Dapat Diskaun Bil Elektrik 10 Peratus

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Diskaun 10 peratus untuk bil bulanan elektrik hanya akan diberi kepada rumah ibadat yang berdaftar dengan kerajaan pusat atau negeri, persidangan Dewan Negara diberitahu, Selasa.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata rumah ibadat yang tidak berdaftar tidak layak menerima diskaun khas itu kerana dikategori sebagai pengguna komersial.

Walaupun dapat diskaun, kerajaan berharap premis berkenaan dapat melaksanakan penjimatan elektrik dan menjadi contoh kepada masyarakat, katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014, di sini.

Beliau menjawab celahan Senator Firdaus Abdullah.

Diskaun itu dinikmati oleh sekolah kerajaan, institusi pengajian tinggi, rumah ibadat dan rumah kebajikan yang berdaftar dengan kerajaan, selain institusi pendidikan yang ditaja sebahagiannya oleh kerajaan, serta hospital universiti di bawah Kementerian Pendidikan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohd Sadique berkata sebanyak 1,251 syarikat dan 4,090 anggota lembaga pengarah telah disenarai hitam atas pelbagai kesalahan berhubung projek perumahan di seluruh negara setakat 31 Mei lalu.

Katanya daripada jumlah itu, 118 syarikat disenarai hitam kerana projek terbengkalai dan 250 lagi kerana 'projek sakit'.

"Mana-mana individu yang didapati bersalah menimbulkan masalah dalam menyiapkan sesuatu projek perumahan tidak akan dapat lari daripada disenarai hitam.

"Kalau nama syarikat boleh ditukar tetapi nama anggota lembaga pengarah yang telah disenarai hitam tidak akan berpeluang lagi untuk terlibat dalam industri tersebut," katanya kepada celahan Senator Datuk Noriah Mahat yang ingin tahu jumlah syarikat hartanah itu yang telah disenarai hitam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan