1,073 Mangsa Banjir Di Pahang

Diterbitkan: Selasa, 17 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,073 orang setakat 8 pagi Selasa berbanding 1,263 orang pada 9 malam Isnin.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 262 keluarga itu ditempatkan di 16 pusat pemindahan membabitkan 18 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.

Jumlah tertinggi mangsa masih direkodkan di daerah Pekan namun berkurangan kepada 995 orang daripada 243 keluarga di 11 pusat pemindahan berbanding 1,098 orang daripada 272 keluarga di 11 pusat pemindahan pada sebelah malam.

Di Kuantan, masih kekal dengan hanya tinggal 27 orang daripada enam keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan manakala Maran berkurangan kepada 51 orang daripada 13 keluarga berbanding 138 orang daripada 27 keluarga di tiga pusat pemindahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan