Perlu Ada Bukti Kukuh Untuk Dakwa Pengikut Syiah - Jamil Khir

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jamil Khir.
Jamil Khir.

PUTRAJAYA: Jabatan agama perlu mempunyai bukti yang kukuh untuk melakukan pendakwaan terhadap pengikut fahaman Syiah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ini kerana katanya, perkara sedemikian tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

"Dakwaan hanya boleh dilakukan menerusi pengakuan individu itu sendiri selain memerlukan saksi bagi menguatkan pendakwaan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah, di sini Isnin.

Sehubungan itu, Jamil Khir meminta semua pihak agar tidak mengukur tindakan yang diambil oleh jabatan agama terhadap pengikut Syiah hanya bersandarkan bilangan kes yang diselesaikan.

"Jabatan agama sangat serius mengenai soal akidah ini.

"Di Selangor sahaja, mahkamah syariah menerima sejumlah 251 kes berkaitan fahaman Syiah bagi tempoh 2010 hingga 2013. Perkara ini mungkin tidak dihebahkan di media massa menyebabkan ramai yang tidak tahu mengenainya," katanya.

Beliau juga menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan agensi berkaitan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan polis bagi memerangi kegiatan Syiah di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan