Penunjuk Perasaan Serah 20,000 Surat Bantahan Kepada DBKL

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan ibu pejabat DBKL sebagai membantah kenaikan cukai taksiran bermula awal tahun depan. - Foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star
Penunjuk perasaan berkumpul di hadapan ibu pejabat DBKL sebagai membantah kenaikan cukai taksiran bermula awal tahun depan. - Foto RAJA FAISAL HISHAN/The Star

KUALA LUMPUR: Lebih 500 pemilik rumah di Kuala Lumpur berkumpul di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini pada Isnin sebagai membantah kenaikan cukai taksiran - sehari sebelum tarikh akhir rayuan bagi membantah kenaikan itu.

Penunjuk perasaan yang berkumpul di hadapan ibu pejabat DBKL sepanjang Jalan Raja Laut dan Jalan Tun Perak, ditemani Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Len, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu menyerahkan kira-kira 20,000 surat bantahan dari kawasan mereka.

Penunjuk perasaan turut berulang kali meminta Datuk Bandar KL, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib supaya meletak jawatan.

Selepas menyerahkan surat tersebut kepada DBKL, Tian Chua berkata demonstrasi itu diadakan kerana pemilik rumah mahu menyuarakan bantahan mereka terhadap kenaikan tersebut.

"Kami menggesa DKL untuk tidak meneruskan kenaikan itu pada 1 Januari 2014 seperti dirancang sehingga pendengaran rasmi boleh diadakan," katanya.

Tian Chua berkata, kebanyakan pemilik rumah tidak akan membayar kadar baharu itu sekiranya ia dilaksanakan.

"Di bawah undang-undang, perlu ada pendengaran apabila surat bantahan dihantar," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan