Pemilihan MCA: Calon Serah Borang Pencalonan

Diterbitkan: Isnin, 16 Disember 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reaksi Liow selepas menghantar borang pencalonan.
Reaksi Liow selepas menghantar borang pencalonan.

KUALA LUMPUR: Suasana di Wisma MCA kelihatan seperti karnival apabila semua calon menghantar borang pencalonan mereka untuk pemilihan parti.

Sekumpulan penyokong yang membawa sepanduk dan memakai baju-T merah memenuhi ruang pintu masuk di Wisma MCA untuk memberi sokongan kepada pemimpin mereka.

Proses pencalonan bermula pada pukul 1 petang dan mereka yang memfailkan borang tersebut termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Naib Presiden Gan Ping Sieu yang bertanding jawatan Presiden.

Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Naib Presiden Datuk Donald Lim Siang Chai turut menghantar borang pencalonan mereka bagi jawatan Timbalan Presiden.

Tujuh lagi calon lain turut menghantar borang pencalonan mereka bagi empat kerusi Naib Presiden.

Mereka adalah setiausaha agung Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Wee Jeck Seng, Datin Paduka Chew Mei Fun, Datuk Dr Hou Kok Chung, Lee Wei Kiat , Dr Leong Yong Kong dan Datuk Chong Itt Chew.

Sementara itu, 42 calon lagi memfailkan pencalonan bagi 25 kerusi ahli jawatankuasa pusat.

Proses pencalonan akan ditutup pada pukul 5 petang Isnin.

Pemilihan bagi sayap Pemuda akan diadakan pada Khamis, Wanita pada Jumaat dan MCA pada Sabtu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan